Monday 24 October 2011

Kari Ikan Talang Masam

Lewat lagi...orang dah nak minum petang cik Zah baru nak masuk entri. Kereta cik Zah hari ni meragam tau. Tengah elok elok jalan dekat dengan lampu isyarat tiba tiba terketar ketar macam orang demam kura....nasib baik my hero dok sebelah.
Rupanya kereta yang enjin injection bateri kereta kena tukar setiap 18 bulan sekali...tak kira bateri tu masih elok atau tak..
Ingat tau enjin injection bateri kena check selalu tarikh luput...silap hari bulan boleh jadi deman kura macam kereta cik Zah pagi tadi...huhuhu. 
Ok lah hari ni memang cik Zah tak fikir nak masak sebab jadual tugasan padat ingat nak makan di luar saja tengahari ni.. tapi di sebabkan kereta meragam cik Zah masak Kari ikan talang masam....jangan silap tau...masam dengan masin.
Orang utara suka buat yang masam bukan yang masin...isi lebih gebu dan sedap kot...hihihi cik Zah agak jer
 
 
Dalam kari ni cik Zah campur ubi keledek dan nenas...kalau ikut resepi utara depa campur kacang panjang dan terung sama...tapi cik Zah main masak apa yang ada dalam stok saja..janji tengahari ni kami semua boleh makan..
 
Resepi cik Zah dah biasa masukkan dalam entri ni...jadi tak yah bagi resepi kot...sebab cara masak pun sama..
Makan dengan sambal belacan dan ulam timun lagi perrghh.. terangkat..


Sunday 23 October 2011

Ayam Goreng Kentucky


Salam...dah agak terlewat cik Zah hari ni. Sebenarnya seminggu dua ni cik Zah sibuk dengan kes nak ambil balik rumah arwah ayah di Pulau Pinang. Dah 14 tahun depa tu duduk tapi tak mau keluar..nak buat macam harta benda depa sendiri...hishh..penat ehh p balik Penang bukannya dekat..
Yang kedua sibuk dengan persiapan pertunangan adik bongsu cik Zah pada 29hb ni...depa yang nak bertunang kita yang kalut....katering sampailah hantaran semua cik Zah kena p cari...terpaksalah off berniaga seminggu dua ni demi keluarga tercinta..

Ok lupakan cerita tu...kita cerita bab makan pulak...dah nama pun sibuk cik Zah hanya goreng ayam saja untuk anak dara cik Zah....kebetulan tadi pagi p ronda ronda pasar tani ada makcik tu buat promosi tepung goreng serba guna..
cik Zah try lah...tepung ni boleh goreng ayam, udang, sotong, cendawan, ikan, dll. Kita cubalah mana tau sedap..

 
Mula mula kita celup dengan telur dan sedikit garam..


Dalam bekas lain masukkan tepung tadi....gaul rata


Goreng dalam minyak yang banyak


Siap untuk di makan....anak cik Zah cakap rasa macam ayam kentucky lah mama..

Ok lah setakat ni dulu...

Thursday 20 October 2011

Kebab Simple

Salam di pagi Jumaat....hari ni cik Zah bangun awal sikit sebab tailor yang selalu cik Zah tempah baju call awal pagi dia nak mai hantar baju...huhuhu ingat nak lewat lewatkan bangun pagi lepas subuh tadi tapi terrrpaksa bangun juga lah.
Lepas tuu my best fren kak chik empunya blog "jari jari halusku "call pulak...dia tanya pasai tapak berniaga dekat Putrajaya Convensyen Centre...hahaha dah lepas lah kak chik.
Dalam dok sembang sembang cik Zah dok fikir apa nak masak untuk tengahari ni...tot tot terfikir apa nak makan pagi ni...KEBAB!!
Kebetulan ada roti hotdog...burger, sausage, salad dan buah tomato. cik Zah potong kecil kecil sausage dan daging burger kemudian goreng dengan minyak zaiton.....buh skit jer tau sebab daging burger mengeluarkan minyak bila kita menggoreng. Bila agak garing angkat dan asingkan sementara tu kita potong daun salad, tomato dan bawang kuning kecil kecil.



Letak dalam satu bekas lepas tu gaul dengan...

 
  Semua ni..


Buat macam ni..





Dah siap..kalau nak lebih pedas tambah sos cili lebih sikit tau..

Kanak kanak pasti suka makan kebab simple ni...

Selamat mencuba.......: )

Nasi Ayam

Salam....hari ni hujan turun lebat sangat di tambah dengan guruh dan kilat di langit. cik Zah tak dapat nak masukkan menu masakkan tengahari tadi. cik Zah takut kena sambar kilat..hahaha penakut juga cik Zah kan... Bahaya lah bukannya takut.
Ok tengahari tadi cik Zah masak nasi ayam....nasi ayam ni gara gara Encik Suami tak sihat. Dia nak makan nasi ayam...kebetulan cik Zah baru jer tengok blog masam manis..siapa lagi kalau Puan Azlita yang kretif tuu...cantik gambar gambar dalam blog dia...
Nasi ayam dalam blog masam manis tu cik Zah tak tiru seratus peratus tau sebab cik Zah p cari sengkuang semuanya besar besar bagak...jadi tak dak lah sengkuang untuk sup..next time kita buat lagi kita letak cik sengkuang.

 Nasi Ayam

Nasi ayam Ita memang sedap...dan cik Zah tak pernah buat lagi nasi ayam style ni. Kalau sesiapa nak tengok resepi dalam blog masam manis tengok resepi Nasi Ayam Ipoh.
Bahan bahan
3 pot beras ~ basuh dan toskan
Air rebusan ayam
Bawang putih ~ dikisar
Halia ~ dikisar
Sedikit mentega 
Sedikit minyak bijan
Sos tiram
Batang daun bawang ~ ambil ubinya sekali
Daun pandan
Garam ~ secukup rasa

Cara memasak nasi
  1. Panaskan periuk kemudian cairkan mentega.
  2. Tumis bawang dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan daun pandan dan batang daun bawang bersama ubinya sekali. 
  4. Bila dah layu masukkan sos tiram dan sedikit minyak bijan.
  5. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya.
  6. Bila mendidih masukkan beras dan tanak nasi seperti biasa.
 Ini salad atau ulaman untuk makan dengan nasi ayam

Kemudian kita tengok pulak cara nak masak ayam. Mula mula kita ketuk halia dan bawang putih. Masak bersama air yang banyak supaya boleh kita ambil untuk sup nasi dan sos.
Lepas mendidih kita masukkan ayam selama beberapa minit.
Angkat dan toskan.

Bahan bahan perap ayam
Kicap manis
Sos tiram
Madu
Bawang putih ~ kisar halus
Halia ~ kisar halus

Cara menyediakan
Campur kesemua bahan dan ayam perap selama 1/2 jam. Ayam boleh di bakar atau pun di goreng. Jika di goreng jangan terlalu lama tau nanti isi ayam keras. 


Untuk sos cili
3-4 biji cili merah ~ kisar halus
2-3 biji cili padi ~ kisar halus
Halia yang di rebus bersama ayam tadi ~ kisar halus
Bawang putih ~ kisar halus
Cuka
Limau nipis 
Gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakannya
Campur kesemua bahan bersama air rebusan ayam. Biar mendidih seketika.

Untuk sos kicap
Halia ~ kisar halus
Bawang putih ~ kisar halus
Kicap lemak manis
Air rebusan ayam
sedikit tepung jagung ~ untuk pekatkan

Cara menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali tepung jagung. Bila dah mendidih baru masukkan tepung jagung yang telah di bancuh terlebih dulu.

Sup tu kalau menurut resepi blog masam manis kena rebus dengan sengkuang. Tapi cik Zah tak ada sengkuang. 

Komen cik Zah nasi ayam ni memang sedap dan sesiapa nak cuba memang sesuai seisi keluarga...

Selamat mencuba...........: )

Monday 17 October 2011

Mee Suah Sup...untuk orang yang ringkas

Selamat petang....hari ni semuanya terbantut gara gara orang mai servis air con di rumah cik Zah dok call tanya alamat rumah...hai letih cik Zah memberi penerangan dekat dia hampir sejam dia dok pusing pusing cari rumah.
Macam lah rumah cik Zah ni jauh kedalam...ini semua gara gara Mr Loh yang dok biasa mai servis sibuk pasang air con di pejabat JPJ baru dekat Mergong..amboi seronok ehh kakitangan JPJ dapat ofis baru depa hujung tahun ni.. 
Di sebabkan terlewat cik Zah masak yang cukup ringkas jer...haa mee suah sup. Cukup mudah dan cepat nak masak mee suah ni

Antara bahan bahan yang di perlukan..


Selain dari bahan bahan di atas ni kita juga masukkan serbuk lada hitam sedikit dan air secukupnya...dan yang penting jangan masukkan garam sebab mee suah ni dah masin di tambah pula rasa kuib ikan bilis...kuib ikan bilis tu letak separuh jer tau..
Nak masak ni pertama sekali kita tumis bawang putih yang di cincang seulas saja. Bila dah naik bau baru masukkan fish ball, fish cake, udang, air, lada hitam dan kuib ikan bilis.
Bila dah mendidih baru masukkan mee suah tu..biar seketika..tutup api dan bolehlah dihidangkan..
Kena makan panas panas sebab mee suah cepat mengembang...kalau nak pedas tambahkan cili padi potong semasa makan...perggh...terangkat

Kanak kanak suka makan makanan macam ni. Selalunya cik Zah akan masak mee suah sup bila anak dara cik Zah tu tak ada selera makan nasi...
Kalau nak tambah isi ayam dan sayuran lain pun boleh...memasak ni ikut kretiviti sendiri....yang penting apa yang kita masak semua ahli keluarga suka makan..

Selamat mencuba............: )

Sunday 16 October 2011

Sweet Sour Ikan Bawal.....tak nampak rupa ikan

Salam di petang Ahad...hari ni cik Zah bersiaran lewat sebab kalut yang tak tau apa punca. Tapi yang pasti dapur cik Zah tetap berasap.
Kali ni cik Zah masak sweet sour ikan bawal...huhuhu rupa ikan dalam gambar dah tak nampak sebab terlalu ramai sayur sayuran nak beraksi sama...
Masa buka peti sejuk pagi tadi cik Zah dok terfikir fikir apa nak masa hari ni..ayam dah selalu sangat cik Zah masak...daging baru jer masak dua hari lepas...udang tak cukup nak buat sambal..at last cik Zah nampak si Bawal Hitam tuu...nak di masak kari mertua cik Zah tak berapa suka...fening fening bila nak masak untuk orang yang tak makan macam macam. 
Sesiapa duduk di tempat cik Zah pasti akan dapat merasainya...
Suami cik Zah pulak bagi cadangan masak sweet sour sebab anak dara cik Zah suka makan sweet sour...kadang kadang kita kena lupakan selera orang lain sebab kepentingan tekak kita pun kena di turutkan kata suami cik Zah...
Up to you sayang...itu bapa awak...cik Zah menurut jer..
  Lupakan kisah fening tuu..
Kita tengok resepi sweet sour cik Zah...
Bahan bahan
Ikan bawal ~ di goreng
Cili capsicum merah, hijau, kunig ~ di potong kuib
Bawang kuning ~ di potong kuib
Nenas ~ di potong kuib
Bawang putih ~ dicincang
Halia ~ di hiris
Sos tiram
Sos Cili
Sos Tomato
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya
  1. Ketepikan ikan yang di goreng
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia sampai wangi
  3. Masukkan kesemua cili dan bawang yang di potong kuib
  4. Kacau rata kemudian masukkan kesemua sos dan tambahkan sedikit air 
  5. Tambahkan garam jika perlu.
Untuk mertua...apa lagi kalau bukan masak lemak cili padi..
Rasanya dah dua kali masak lemak ni masuk dalam entri ni.....nak buat macam mana cik Zah ni terpaksa ulang ulang masak benda yang sama untuk memenuhi selera orang dalam rumah ni...siann : (

 Masak lemak cili padi tempe dengan sayur pucuk paku

Warna masak lemak ni nampak pucat sebab kunyit hidup dah habis dalam simpanan...nak p korek dalam pasu malas pulak....matahari memancar terik tengahari tadi...cik Zah seram nak keluar rumah..jadi cik Zah hanyak guna kunyit serbuk jer.. 

Ok lah sampai di sini dulu.
Selamat bersantai bersama keluarga tercinta..

Saturday 15 October 2011

Nasi Goreng Kampung.....Spageti Goreng....Pizza...Elak Pembaziran


 Salam petang Sabtu....haa hari ni bukan terlebih rajin tapi hari ni banyak bahan bahan yang terlebih di dapur cik Zah...untuk menggelakkan pembaziran dan menjimatkan duit untuk makan tengahari dan makan petang untuk hari ni cik Zah masak menu 2 dalam 1.
Nasi goreng kampung tu cik Zah buat kebetulan semalam cik Zah masak Laksa Johor tapi nasi tetap kena masak sebab mertua cik Zah nak makan nasi jadi ada lebih cik Zah buat nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung cik Zah mudah jer...rasanya semua org boleh buat kot...tak yah resepi.

Lagi satu spageti goreng...pun dari lebihan spageti yang di makan dengan kuah laksa Johor. Cara cara nak masak pun mudah..



Cara nak goreng cuma panaskan minyak Zaitun sedikit kemudian tumis bawang putih yg dicincang...masukkan sedikit cili mesin dan pes tomato....pes tu cik Zah buat sendiri..lepas tu baru masukkan bahan bahan lauin seperti sausage, isi ayam, cendawan butang, cili capsicum merah, hijau dan kuning...tambahkan oregano, daun basil, garam dan serbuk ayam...akhir sekali baru masukkan spageti dan kacau rata....mudah kan

  Ini pes tomato yang cik Zah buat sendiri..


Nak buat ni pun mudah jer...4 biji tomato buah di potong dan direbus sampai hancur kemudian masukkan tomato pure satu tin kecil, garam dan gula..masak sampai pekat.
Pes ni sesuai untuk di buat sos pizza..


Bila dah buat pes untuk pizza tentunya cik Zah buat pizza untuk anak dara cik Zah. Kebetulan juga cik Zah nak cuba Fryer Pan jenama Tupperware. Bila guna fryer pan kita tak perlu nak bakar pizza dalam oven cuma terus masak di atas api dapur yang di buka perlahan kerana fryer pan menggekalkan haba...


Fryer Pan TUPPERWARE


Doh ni cik Zah tiru sebiji dalam blog kak ida 1001 resepi..






Siap untuk di makan


Mudah jer menu cik Zah untuk keluarga hari ni...semuanya untuk menggelakkan pembaziran. 
Ok nanti kalau ada idea cik Zah masukkan dalam entri ni...esok rasanya cik Zah sibuk sikit tapi kalau ada masa cik zah cuba tunjukkan menu untuk esok ya..


Selamat menjamu selera bersama keluarga tercinta...

Friday 14 October 2011

Laksa Johor dan Sausage Kak Ida 1001

Assalamualakum semua....terlewat nak bersiaran hari ni....sibuk melayan kerenah taukeh besar Tuppeware Alor Setar branch ...sampai terbantut bantut perjalan cik Zah nak masak pagi tadi...susah juga bila dan ada pangkat dalam dunia perniagaan MLM...apa nak buatkan cari rezeki yang halal...Lupakan semua perkara yang memeningkan kepala pagi tadi. Ok cik Zah masukkan dua jenis masakan yang cik Zah masak. Masakan pertama cik Zah teringin sangat sangat sampai merajuk dengan suami sebab dia berlengah lengah nak p cari ikan kembung petang semalam.. 



Laksa Johor



Pertama kali cik Zah masak laksa Johor ni dua tahun lepas...masa tu baru nak belajar sebab tengok dalam majalah Saji fuhh memang terliur. cik Zah try buat sikit jer sebab tau suami cik Zah memang tak berapa gemar sebab tak pedas dia kata.
Kali ni cik Zah tengok resepi majalah Rasa keluaran bulan November 2011. Berlainan dengan resepi dalam majalah Saji sebab resepi dalam majalah Rasa makan laksa Johor ni dengan sambal belacan yang di campur dengan sedikit belacan dan perahan air limau kasturi..
Cuma cik Zah tak ada spageti kasar macam depa selalu buat...pakai spageti halus yang sentiasa ada dalam stok cik Zah..


Bahan bahan
450gm spageti
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh minyak masak

Bahan Kuah
400ml santan pekat ~ campur dengan air rebusan ikan dan udang
1kg ikan kembung ~ rebus dan simpan stok ikan dan kisar bersama isi ikan tanpa tulang
200gm udang ~ rebus dan simpan stok kisar isi udang
1 biji bawang besar~ kisar halus
2 batang serai ~ kisar halus
3cm halia ~ kisar halus
2cm lengkuas ~ kisar halus
6 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
3 keping asam gelugur
3 sudu besar rempah kari ikan
Garam secukup rasa
Gula Melaka secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar dan cili kisar sampai wangi
  2. Lepas tu masukkan rempah kari, asam keping, kerisik kacau sampai garing
  3. Masukkan ikan dan udang yang dikisar
  4. Perlahan lahan masukkan santan dan air rebusan ikan dan udang tadi
  5. Tambah perasa garam, gula Melaka dan biar mendidih.
  6. siap untuk di hidangkan bersama ulaman seperti timin, taugeh, bawang dan sambal belacan. 
*Jika pedas rasa sambal belacan lagi sedap rasa laksa Johor ni. 

Lagi satu menu yang cik Zah buat pagi tadi cik Zah ambil dari blog Kak Ida 1001 resepi. cik Zah memang suka cuba resepi kak ida sebab memenuhi citarasa tekak kami sekeluarga. Bukan nak puji tau tapi ini kebetulan...boleh di katakan setiap resepi simple kak ida pasti cik Zah cuba...

Nama resepi ni cik Zah terlupa...sori


Nak buat cukup mudah hanya masukkan sausage, hush brown, kacang pangang, telur dan cheedar cheese..mula mula atur sausage dengan hush brown bakar dalam 10 minit lepas tu tuang kacang panggang dan pecahkan beberapa biji telur di atas lepas tu bakar balik dalam 10 minit...bila dah hampir masak baru taburkan cheedar cheese. Mengikut resepi kak ida dia guna cheedar cheese yang di parut tapi cik Zah pakai yang kepingan...hehehe yg tu jer stok yang ada dalam simpanan..
Memang mudah dan cepat untuk di sediakan..yang pasti sedap


Selamat mencuba..............:)
 

Thursday 13 October 2011

Ubi Kayu Lagi


Haa...dah janji tadi nak keluarkan menu petang ni. Agaknya bulan Oktober ni musim ubi kayu kot. Hahaha cik Zah pun tak pasti sebab entah kenapa tetiba saja teringin nak makan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis. 
Bila buat ni teringat masa zaman zaman solo cik Zah dok p minum petang dengan geng geng solo dekat Ampang  nama restoran tu kalau tak silap Nailis...entah betoi tak ejaan tu.
Kalau nak makan ubi rebus cicah bilis ni dekat situ rm5.00 satu pinggan kalau tak silap cik Zah...tu belum oder air lagi. Tu lah Kuala Lumpur segalanya mahal..
 Sambal tumis ikan bilis tu cik Zah tak masukkan belacan dan asam tau. cik Zah letak kuib ikan bilis dan ikan bilis tu cik Zah masak separuh masak jer.


Esok boleh buat nasi lemak atau bihun goreng makan dengan sambal bilis.

Selamat minum petang...................; )

Wednesday 12 October 2011

Penang....line clear

Salam petang Khamis...sepatutnya cik Zah hari ni turun KL tapi terpaksa batalkan di saat akhir memandangkan kesihatan tak berapa baik. Mungkin juga betoi kata doktor cik Zah ni terlalu stress sampai darah naik mendadak...tak pernah jadi macam ni. 
Ok kita lupakan bab stress tu kita p hiburkan hati dekat Nasi Kandar Line Clear di Penang Road berdekatan KOMTAR....selalu mendapat pujian ramai sampai masuk dalam rancangan Warung Kita...cik Zah dan suami ambil kesempatan p singgah tengahari Isnin yang lepas..
Ini lah tempatnya....gerai mamak Penang ni betoi betoi tepi restoran nasi kandar yang lain kalau tak p jengguk kot tepi tu gerenti tak tau dekat belakang tu ada gerai nasi kandar popular...banyak selebriti popular datang menjaku selera dekat sini. Antaranya kumpulan Alllycats, Lan Pet Pet, Jehan Miskin, Aflin Shauki, Dato Sani, Adibah Nor dan ramai lagi lah nak sebut ...gambar gamabr mereka ni terpangpang di depan gerai.
 
Pilih pilih lauk apa mau...
Kepala Ikan
 
 Nasi Briani...special tapi cik Zah tak cuba...kata pengunjung dekat situ nasi beriani lah special selain dari campuran kuah kari yang pelbagai rasa..
 
Tengok...ramai dok beratur....baru pukul 11.30 pagi ni
Ini suami cik Zah punya....rm7.00
 
 Ini cik Zah punya....rm6.00
 
 
Kalau dah jalan jalan p Penang Road mana boleh tak beli jeruk ni kan?...cik Zah beli orang Melayu yang buat...nama kedai dia Jeruk Nasir...dia satu satunya Melayu dekat situ yang buat jeruk ni yang lain semuanya orang Lim Guan Eng...hahahaha..
Ini saja serba sedikit yang dapat cik Zah paparkan dalan entri kali ni....sat gi lewat sikit kalau sempat cik Zah masukkan menu minum petang hari ya...
 
 

Sunday 9 October 2011

Pengngat Ubi Kayu Gula Melaka

Salam petang Ahad hari yang redup di bumi Kuala Kedah ni. Dah banyak hari hujan lebat dan angin kencang melanda seluruh bandar Alor Setar. Bagi yang tinggal di kawasan tepi laut macam cik Zah tentunya terasa seram sejuk bila angin kencang menghembus. 
Rasa macam nak tercabut bumbung rumah tapi syukur Alhamdulillah tak pernah lagi malapetaka terjadi. Harap harap di lindungi Allah s.w.t....tatutt
Dan bagi yang tinggal di kawasan sungai semestinya takut air sungai naik tahap merah.
Ok kita tinggalkan cerita hujan, ribut dan banjir tu...tengahari tadi lepas masak cik Zah terlebih rajin terus masak untuk menu minum petang ni.
Pengngat ubi kayu...hehehe....dah lama mengidam nak makan pengngat. Tak kisah lah pengngat ubi atau pisang raja dengan sagu...yummy. Tapi cari pisang raja tak ada cik Zah hanya nampak ubi kayu jer dekat pasar tadi. Beli satu ketul besar...muahahaha murah banggat..RM1 saja. Rasanya sekilo ubi kayu tu.
Kalau ikut citarasa cik Zah pengngat ubi cik Zah suka yang gula pasir jer campur dengan sagu..perghh mesti terangkat.. tapi citarasa suami dan mertua depa memang fanatik dengan gula Melaka. Haa..orang Melaka tentunya bangga dengan produk negeri depa tuu.Ikut mejoriti cik Zah mengalah ..huhuhu
 Cik Zah tersilap p potong kecil kecil lepas tu rebus guna presure cooker apa lagi ubi pun terlebih lembik sedikit. Tapi suami cik Zah kata "tak apa abah mesti suka yang lembut macam tu sebab dia tak ada gigi"...hehehe 
Rasanya cik Zah tak perlu lah nak bagi resepi kot. Semua orang mesti tau nak bikin pengngat mudah macam ni. 

Jumpa lagi.........: )

Saturday 8 October 2011

Cucur Nasi Jagung....

Selamat tengahari.....hari ni nak tunjuk juadah minum petang....tapi bukan untuk petang ni cik Zah buat. Ini yang semalam punya tapi tak sempat nak masuk tunjuk..sibuk sikit.
Nama agak pelik kan? Sebenarnya memang betoi lah nama cucur nasi jagung tu...cik Zah memang letak dua senduk nasi semalam dan jagung ikut suka...
Lepas tu cik Zah bleand sampai halus...tujuannya supaya mertua cik Zah boleh makan. Kalau tak nak bleand jagung pun boleh juga tapi nasi tu memang kena bleand tau.

 Bleand macam ni tau..


Lepas tu cik Zah masuk sedikit garam dan gula. untuk menambah warna warni yang menarik cik Zah tambah cili, bawang, sebiji telur (jika suka) dan daun kuchai....udang tu cik Zah potong kecil kecil sebab udang dalam simpanan besar besar....nak jimat sikit musim hujan ni semua mahal...hehehe 

 Masukkan tepung gandum dan dua sudu makan tepung beras....masa nak gaul tu kita campur air panas...ini petua orang tua tua kalau nak cucur kita lembut masukkan air panas..dan nasi sejuk tu pun boleh melembutkan cucur kita...

 Lepas tu goreng lah dengan minyak yang banyak....

Selamat mencuba............: )


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...