Monday 18 July 2011

Berehat di Dusun Kuala Nerang

Assalamualaikum....dah lama cik Zah tak masuk dalam entry ni. Nak kata sibuk tak lah sibuk sangat cuma cik Zah hilang mood seminggu ni. Agaknya sebab terlalu banyak makan buah durian sampai rasa badan letih..sekarang buah durian punya lah banyak sampai kita tak payah beli dusun buah durian, rambutan, manggis sentiasa ada di rumah...
Bercerita tentang buah cik Zah nak tunjuk gambar2 percutian sehari di dusun bekas boss suami cik Zah. Setiap tahun En Ishak dan Cikgu Normah pelawa kami sekeluarga bercuti di dusun mereka..En ishak ni betoi betoi rajin menjaga persekitaran dusun sampai boleh nak pukul bola golf dalam kawasan dusun beliau..tengok ni,,

Ini rumah penginapan

Suami dan anak dara cik Zah dah seronok jumpa buah rambutan

Buah dokong

Di utara orang panggil buah seralat...di selatan buah mentega

Buah Manggis

Buah markisa...belum masak lagi ni

Buah mata kucing...belum besar lagi

Buah Limau

Pokok palas...menerut kata Cikgu Normah setiap tahun raya mereka tak pernah beli daun palas sebab di dusun ni ada tujuh perdu pokok palas..memang di jaga elok sengaja En Ishak tak buang lagi pun harga daun palas pun dah mahal...

Di utara pokok ni di panggil pokok cemumaq...sekali pandang macam daun kari di buat ulam makan dengan sambal belacan...rasa sedikit pahit dan lemak...sedap kalau dah biasa makan. Khasiatnya untuk orang yang ada penyakit darah tinggi..

Pisang jari buaya...kalau muda macam ni sedap kalau di buat masak lemak cili padi letak ikan bilis...tapi kalau yang dah masak ranum rasanya cukup manis...di lecek lecek buat cucuq kodok pun sedap...

Ceri india....masam yang amat..

 Kepada En Ishak dan Cikgu Normah terimakasih yang tak terhingga saya ucapkan...dah lah berpeluang berehat di dusun tiba masa nak balik penuh bonet kereta dengan buah buahan...Tahun hadapan kalau jemput kami pergi lagi...hahahahah....




Friday 8 July 2011

Tak tau apa nama sarapan pagi ni..


Selamat pagi Sabtu...tak tau apa nama sarapan pagi ni. Main masak saja apa yang ada dalam peti sejuk. Janji semua dapat makan kenyang pagi ni. Cik Zah dok fikir kalau nak makan dekat luar sarapan menu lebih kurang sebiji macam ni harga RM10 untuk seorang. Mak ai boleh mencecah RM50 kalau semua ahli keluarga ikut serta makan di luar pagi ni....tu tak termasuk harga air teh tarik...kopi o..teh o ais dan macam2 lagi..
Jadi menggelakan pembaziran lebih baik cik Zah masak saja apa yang ada dalam peti sejuk ajaib cik Zah tu..


Pancake Kuah Durian.....resepi CIK MAT GEBU...

Assalammualaikaum.....yehaaaa selalunya orang buat pancake untuk breakfast tapi cik Zah buat untuk minum petang... makan dengan kuah durian..kira menu barat campur melayu. Cik Zah tiru resepi pancake dari blog Dapur Tanpa Sempadan siapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu. Cuma cik Zah ubah makan dengan kuah durian. Kuah durian cik Zah masak dengan santan dan  fresh milk.  Cubalah memang sedap. Disini cik Zah masukkan resepi Cik Mat Gebu...

Pancake Mayonise

Bahan bahannya:
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 sudu teh baiking powder
1 biji telur gred A
1 1/2 sudu besar gula halus
30 gm mentega dicairkan
1 sudu besar mayonise
1/2 cawan dicampur 2 sudu fresh milk
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara Menyediakannya;
1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus diayak dalam satu bekas.
2. Masukkan fresh milk, kacau dan tambah sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Tuang esen vanilla,gaul    rata dan rehatkan adunan selama 20 minit.
3. Panaskan non stick frying pan pada api yang perlahan. Leser dengansedikit minyak ( sapu dengan paper towel yg dicelup sedikit minyak)
4. Tutup pan dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatanagak kering perlahan2 balikkan. Masak lagi 1 minit. Alih dalam bekas dan ualang kaedah yang sama sehingga habis adunan.
5. Hidang bersama mentega, strawberry, dan curahan madu....yummmy...sedap. Makan dengan ais cream pun sedap...tapi cuba makan dengan kuah durian...yummmyy...


Selamat Mencuba...............: )

Wednesday 6 July 2011

Kulit Popia Gulung Nestem Holick


Assalamualaikum.......hari ni mood masak tak datang jadi kami sekeluarga makan tengahari di luar saja..kadang kadang memang hilang semangat nak masuk dapur...agaknya ada hantu malas hinggap dalam badan cik Zah kot.
Di pendekkan cerita  adik cik Zah bagi kudap kudap ni..diperbuat dari kulit popia yang di jual dekat pasaraya tu. Kita hanya gulung dan gunting lepas tu goreng dengan api yang sederhana. Jangan api kuat nanti cepat garing dan warna tak cantik. Lepas tu sejukkan dan biar minyak betul betul turun. Sementara nak sejuk kita mesin lah nestum sampai halussss....campur bersama holick dan gula kastor. Bila dah sejuk kulit tu kita gaul rata rata dengan nestum, holick dan gula kastor tadi....buat mcm kuih batang buruk...

Selamat Mencuba................: )




Tuesday 5 July 2011

Lauk 13 May...


Assalamualaikum......ha ni lah lauk 13 May...tiba tiba je suami cik Zah bagi nama sambal sardin ni lauk 13 May. Dia kata masa 13 May orang Melayu tak berani keluar rumah sebab takut kena bunuh jadi sardin lah lauk selama negara dalam darurat...
Hari ni bukan darurat tapi lauk tengahari tadi licin. Kebetulan cik Zah masak sikit saja tak sangka ada tetamu datang waktu makan tengahari. Kena lah cik Zah jamu nasi makan tengahari kan..
Jadi petang ni cik Zah masak lah lauk 13 May untuk santapan malam ni...tak yah bagi resepi kot sebab semua orang pandai masak sambal sardin kan..


Monday 4 July 2011

Sotong Kangkung...terlupa sotong lah

Salam sejahtera di petang Isnin...menu hari ni mudah saja...sotong kangkung atau setengah orang panggil Yong Tau Fu...dah nak diet sangatkan kena lah fikir nak makan apa selain dari sayur sayuran dan buah buahan...cik Zah memang dah lama dok plan nak buat sotong kangkung ni tapi fikir2 hanya cik Zah dan Ecah je yang makan suami cik Zah kurang suka jadi macam tak meriah untuk menikmati hidangan ni. Kebetulan anak bujang balik jadi cik zah ambil kesempatan lah...
Biar cik Zah bg resepi kuah sotong kangkung dulu...cik zah belajar dari mak saudara yang memang pakar masak memasak..nak cuba tengok resepi ni..

Bahan bahan
1 botol kicap 
1 botol sos tomato
1 botol sos cili
350 gm gula pasir
sedikit belacan ~ larutkan
3 sudu besar tepung jagung
cili padi ~ tumbuk halus ( kalau nak pedas)
Otak udang ( kalau tak nak pun ok)

Cara masak
Campurkan kesemua bahan bahan tadi  kecuali tepung jagung masak sampai pekat dan kacau selalu. bila dah mendidih boleh masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air....sebelum terlupa tambah sedikit air ke dalam botol2 kicap dan sos dan tuang semasa proses pertama...


Ini kuah sotong yang dah siap di masak...boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan selama beberapa bulan....tak percaya? Betul sebab sos dan kicap kan boleh simpan lama mana pernah dengar kicap basi..


Ini bahan bahan yang dah di rebus dan di goreng...selain dari kangkung kita juga tambahkan sotong kembang yang di rebus...bahan2 ni cik Zah beli dkt Giant sekilo RM9.00 saja..tu pun lebih dari cukup utk 3 org..

Selamat mencuba............: )




Sunday 3 July 2011

Meriah Bulan Ni

Salam mesra......rasanya kali ni cik Zah tak mau tunjuk masakkan. Kita jamu mata tengok TUPPERWARE tawaran untuk 1 Julai sampai 6 ogos 2011. Yang dalam gambar ni memang cantik boleh buat bekas isi biskut untuk hari raya nanti. Nama set ni KURMA GIFT amat sesuai untuk di beri kepada kawan2 atau saudara mara...kan kita tak lambat lagi nak berpuasa..Kalau balik rumah mertua nampak cantik buah tangan...sayang menantu pada mertua...hahahaha yang pasti mak mertua mesti tersenyum tengok bekas yang cantik ni...bila orang tanya mesti mak mertua kita kata ni menantu saya yang belikan...dekat mak kita sendiri wajib beli sebab mak kita pun suka barang macam ni...Harga RM53.90


Haa yang ni pulak ELEGANT SMALL SQUARE ada 4 biji harganya murah saja RM54.90 untuk tawaran bulan ni. Tapi kalau nak beli set ni kenalah beli KURMA GIFT SET dulu. Bekas ni kecil sikit dari KURMA GIFT SET.

Yang ni pun tak kurang menarik...limited tau..kira siapa cepat dia dapat...selalu benda benda macam ni memang cepat benar kehabisan stok..Nama set ni SALAM AIDILFITRI ONE TOUCH harga tak mahal mana kalau nak di bandingkan dengan rupa yang cantik dan warna yang menarik. Nanti bulan puasa kita buat biskut boleh susun dalam bekas ni...mesti nampak cantik dan sedap biskut kita sebab bekas ni kedap udara.. Harga enam bekas ni RM148.00 saja.....yang penting ada jaminan seumur hidup TUPPERWARE ni..


Selamat Menjamu Mata.....................: )



Saturday 2 July 2011

Rendang Ayam Kampung dengan Pulut Durian

Salam petang sabtu. Baru selesai bertarung di dapur tadi. Mula mula cik Zah ingat nak masak bihun goreng dengan rendang ayam kampung saja untuk makan tengahari ni tapi suami cik Zah kata dah buat rendang rebus lah sikit nasi impit segera...bila hampir siap semua cik Zah masak tot tot suami cik Zah bawa balik buah durian ingat dia nak makan mentah sekali lagi dia minta cik Zah buat kuah durian nak makan dengan pulut yang dia beli masa perlawanan takraw dekat Bukit Kayu Hitam minggu lepas. Hai tak habis lagi tugas di dapur walau pun jam dah tunjuk pukul 2.45 petang.

Ayam kampung ni cik Zah pesan dekat jiran dekat rumah cik Zah. Bapa dia menternak ayam kampung di Felda Sungai Limau Pendang. Kebetulan dia balik kampung cik Zah kirim lah dua ekor. Dulu cik Zah jarang masak ayam kampung sebab daging ayam kampung ni keras tapi selepas menjaga FIL cik Zah kena cari ayam kampung sebab FIL cik Zah tak makan ayam bandar...macam2 orang tua tua ni kan. Ikut je lah. Resepi Rendang cik zah tersangat lah mudah...cik Zah buat macam masak rendang pedas orang Perak cuma cik Zah tak masukkan kerisik dan lengkuas untuk rendang ayam. Kalau rendang daging cik Zah masukkan lengkuas lebih banyak dari halia pun tak masukkan kerisik.

Bahan bahannya
Seekor ayam kampung ~ potong 12
1/2 kilo bawang merah *
5 ulas bawang putih *
Cili kering * ( ikut nak pedas)
6 - 9 batang cili padi *
4 batang serai *
1/2 inci halia *
2 mangkuk santan pekat
Daun kunyit ~ di siat2
Daun limau purut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Sedikit serbuk peras ( jika suka)

1 Kisar atau hiris bahan bahan bertanda *
2 Masukkan ke dalam kuali biar seketika diatas api.
3 Masukkan ayam dan serbuk kunyit biar sampai air ayam keluar lepas tu masukkan santan dan sedikit air.
4 Jika masak menggunakan ayam bandar jangan tambah air sebab ayam bandar akan mengeluarkan air bila   kita letak atas api
5 Biar agak ayam empuk baru masukkan garam dan serbuk perasa.
6 Hampir kering baru masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

~ Nasi Impit yg telah siap direbus ~

~ Ini kuah durian yang cik Zah campur dengan gula melaka ~


Pulut susu yang telah siap di tanak. Untuk pengetahuan pulut susu kita tak perlu rendam sebab pulut susu cukup lembut. Kita hanya perlu masak seperti masak nasi. Setengah orang  masak dalam rice cooker tapi cik Zah masak dalam periuk biasa. Letak garam secubit untuk rasa lemak pulut dan daun pandan untuk bau yang harum..

Selamat Mencuba...............: )






Friday 1 July 2011

Kari Daging Tetel Utara Style

Salam petang Jumaat. Hari ni cik Zah tak berapa sihat selsema dan senak perut bulanan..rasa macam malas je nak masak tapi bila tengok muka suami rasa kesian pulak. Dia dah tak selera nak makan kedai. Tadi cik Zah tak pegi pasar cuma masak apa yang ada dalam simpanan. Daging tetel ni cik Zah rebus dulu dalam presure cooker. Untuk pengetahuan kari orang utara tak berapa pekat cuma rasa pedas sedikit.

Bahan bahan
Daging tetel yang di rebus ( ikut anggaran sendiri )
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
Rempah kari  ( cik Zah guna rempah basah )
Sedikit cili kisar
3 biji ubi kentang ( potong ikut suka )
Semangkuk santan pekat
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1 asam keping
1 daun kari
Kuib ayam ( jika suka)
Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya
1 Mula2 tumbuk bahan yang bertanda *
2 Panaskan minyak masukkan daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan yang di tumbuk
3 Bila agak garing masukkan rempah dan cili mesin...biar masak rempah tu baru masukkan ubi kentang
4 Tambah air rebusan daging supaya ubi cepat empuk. Bila empuk ubi masukkan daging dan santan
5 Masukkan kuib ayam, garam dan asam keping. Biar mendidih dan nampak pecah minyak baru tutup api.




~ Ini lauk tambahan..Anak kembung goreng dengan cili padi ~

Selamat mencuba..................: )





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...