Sunday 29 May 2011

Sahabatku

Salam tengah malam....entah kenapa hati ku terusik bila mengenangkan sahabat baik ku di zaman sekolah..petang tadi cik zah jumpa kawan2 sekolah lama. Kami berkawan sejak dari usia remaja hingga lah sekarang dah beranak pinak..tapi tadi pertemuan kami cukup istimewa sebab seorang lagi kawan baik kami Azliany Hj Jusuh sudi meluangkan masa bersama sama kami.
Dia ni cukup ceria orangnya masa di zaman persekolahan. Boleh dikatakan dia lah penghibur kami.Gelak ketawa ni memang dah jadi perkara wajib. Tak pernah tengok pun dia bersedih..cukup comel di zaman sekolah...dengan rambut ala ala Lady D...kira waktu itu cukup top fesyen rambut sebegitu...cik zah pun tumpang sekaki meniru fesyen tu...
Hari ni Azliany membawa kisah sedih dan boleh di jadikan pedoman pada kita semua. Cukup tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup dan selalu mengucapkan kata syukur dengan apa yang telah berlaku. Di pendekkan cerita Azliany di kategori isteri yang teraniaya dengan sikap ego sang suami... tapi dia tak pernah mengalah untuk meneruskan hidup walaupun tak dapat apa apa nafkah zahir dan batin dari seorang suami.
Di awal perkahwinan mereka cukup bahagia namun langit tak selalu cerah...dugaan Allah bertimpa timpa datang dan pergi. Sekarang untuk meneruskan kehidupan bersama sepasang anak remaja beliau menjaga 7 orang anak anak jiran dan mengambil upah membuat cup kek dan apom popkadot...di pertemuan tadi Azliany sempat membawa coklat kek untuk kami
Kepada sahabat ku Azliany kami semua sayang Ani...insyaAllah setiap dugaan yang Allah turunkan ada hikmahnya walaupun cukup pahit untuk kita lalui....hanya hamba yang benar2 tabah dan sabar saja dapat menempuh dugaan yang Ani alami...Bersyukur dengan apa yang ada dan terima dengan tabah dan sabar...Ani susah nak cari isteri sekuat dan setabah Ani...masih boleh lagi tersenyum dan ketawa walaupun di dalan hati tiada siapapun yang tahu...

~ Sahabat baik ku Azliany ~

~ Teman teman yang selalu bersama cik Zah ~

Saturday 28 May 2011

Nasi Goreng Kampung


Selamat malam...cik zah hari ni tak masak tengahari sebab dapat jemputan kenduri kawin..ramai pulak yang menjemput tapi cik zah pergi sebuah rumah saja sebab tuan rumah tu kawan suami cik zah..yang lain2 tu cik zah tak dapat nak pegi sebab jauh dari rumah berkilo kilometer..

Malam ni cik zah kata dekat suami kita makan nasi goreng kampung je lah sebab bahan2 semua ada.. cik zah buat nasi goreng tiru style tukang masak thai restoran depan rumah cik zah..
Resipinya mudah sangat2..nak cuba? Nah resipinya....cuba tau pasti sedap..

Bahan bahannya:
3 mangkuk nasi putih
7-8 biji cili padi ~ ditumbuk (kalau nak pedas tambah lagi)
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ dihiris
Ikan bilis ` digoreng (ikut suka nak banyak mana)
Sayur sawi
Karot ~ diparut panjang
Sos ikan

Cara masak
1. Goreng dulu ikan bilis sampai garing lepas tu angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah sampai agak garing,,masukkan pula bahan yg ditumbuk kacau hingga garing
3. Masukkan pula batang sawi yang telah di ketuk..nasi putih, daun sawi, karot dan sos ikan.
4. Gaul semua bahan2 tadi hingga rata kemudian masukkan garam dan perasa jika suka.
5. nasi goreng ni sedap dimakan dengan telur mata kerbau.

SIAPPPPPPP

Selamat Mencuba............: )














Wednesday 25 May 2011

Dah Lama Tak Jumpa

Assalamualaikumm....pagi tadi jiran sebelah rumah cik zah bagi buah Keriang Dot...dah lama cik zah tak jumpa buah Keriang Dot ni...seingat ingat cik zah masa zaman sekolah rendah dulu kawan kawan kelas cik zah pernah bawa pegi sekolah...masa tu cik zah sekolah di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera Tok Jalai Kem. Anak askar macam cik zah ni mana tau buah buahan kampung macam ni...bila dengar nama Keriang Dot lagi lah tak tau macam mana rupa....



Haa...ni lah buah Keriang Dot...rupa sebiji macam buah anggur tapi rasa memang tak sama langsung. Buah Keriang Dot ni rasanya manis manis kelat sikit....biji di dalam besar..kalau terlalu masak buah nia akan keluarkan air warna ungu...kalau pegi pasar di utara mesti boleh jumpa kalau ada musim buah ni. Satu tin susu harganya RM2 saja....Setahu cik zah pokok Keriang Dot ni boleh membesar satu pemeluk...kalau nak makan buah ni kena rendam dengan air garam sikit lepas tu baru makan...

Buah Keriang ni ada dua jenis satu yang besar di panggil Keriang Dot dan yang kecil sebesar biji saga rasanya lebih manis di panggil buah Keriang saja...


Biskut Genteng


Salam tengah malam....kenapa ya tiba2 di tengah malam yang sunyi ni cik zah keluarkan kisah Biskut Genteng ni......haa ini lah biskut kegemaran suami tercinta cik zah. Setiap kali balik ke Alor Gajah dia mesti nak singgah di pekan Alor Gajah betoi2 depan CIMB...kedai runcit tu saja yg jual biskut genteng ni. Dulu kedai dia dekat Simpang Empat. Cukup sedap kalau cicah dengan air kopi panas...bila dah kembang sikit terus ngapp...makan 3 ketul pun dah kenyang sebab biskut ni cepat kembang..Sekilo rm7 tapi suami cik zah mesti beli 3 4 kilo sebab dekat tempat lain tak ada jual...Rasanya tawar je sebab tu sedap kalau di cicah dengan air kopi..sekarang cik zah dan suami sedang menikmati biskut genteng ni lepas balik dari hospital ziarah ayahanda cik zah yg sedang sakit...doakan ayahanda cik zah kembali sihat seperti biasa ya...



Tuesday 24 May 2011

Bihun Goreng Cincai


Salam tengah malam....sehari dua ni cik zah memang busy sikit sebab ayanda tercinta di masukkan ke hospital....setiap hari dok ualang alik menghantar makanan untuk bonda yang setia menunggu ayanda..

Petang tadi terfikir nak masak bihun goreng ni...jemu juga kalau dok makan kuih atau bubur...sesekali pekena bihun goreng ni kejap sikit perut...hihihi...lapar memanjang..

Mudah sesangat nak buat bihun ni...

Bahan bahan
Sebungkus bihun ~ direndam seketika
4 ukas bawangputih ~ ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
Sepokok sawi ~ potong ikut suka...batangnya di ketuk
Kobis ~ dipotong
Udang
Sotong
Cili mesin ~ sukatan ikut nak pedas 
2 kuib ikan bilis
2 sudu besar sos tomato

Cara menyediakan
1. Tumis bahan yng di tumbuk
2. Masukkan cili mesin...masak sampai agak garing
3. Masukkan udang, sotong dan batang sawi...kuib ikan bilis...soa tomato...tambah sedikit air..
4. Masukkan bihun gaul rata...masukkan kubis dan daun sawi...garam dan perasa..

SIAPPPPPPP



Selamat mencuba.............: )















Saturday 21 May 2011

Sambal jawa cara org utara


Selamat tengahari....hari ni cik zah cuba masak lauk permintaan suami tercinta...sambal tempe campur kentang dan ikan bilis...sebenarnya mengikut resipi aslinya kena letak kacang tanah tapi cik zah tengok kacang tanah tak ada dalam stok...hehehe...tak apa lah janji tunaikan permintaan suami tercinta...

Dekat bawah ni seperti biasalah cik zah letakkan gambar bagi memudahkan kalian nak tengok cara mudah nak masak resipi mudah ni....


~ Mula mula goreng kentang, tempe dan ikan bilis ~



Tumis bawang merah, bawang putih dan cili mesin sampai agak garing. Lepas tu masukkan garam, perasa jika suka dan sedikit gula. Kacau hingga rata. Kemudian akhir sekali masukkan kentang, tempe dan ikan bilis yg telah digoreng tadi..kacau rata...

SIAPPPP

Selamat mencuba..........: )





Blue Berry Muffin


Salam semua...petang ni cik zah jamu family dengan muffin panas baru keluar oven..memang sedap banggat...kena pula dengan kopi panas rasa macam minum petang dekat Old Town White Coffee...padahal dok di rumah saja...

Sebenarnya blue berry muffin ni cik zah beli yang segera dekat kedai kek...balik bancuh saja tambah telur  majerin dan minyak jangung...lepas tu bakar...mudahkan....kalau cik zah bagi resipi pun tak kena sebab cik zah beli tepung segera balik rumah bancuh saja...

Apa pun cik zah hanya nak tunjuk dlm N3 ni petang ni kami sekeluarga minum petang dengan muffin yang sedap ni....



Friday 20 May 2011

Sarapan pagi



Selamat pagi....entah kenapa pagi ni terbangun lewat...agaknya malam tadi asyik dok mengira dan membungkus barang2 yang nak di hantar pada para pelanggan....untuk pengetahuan cik zah ni berniaga TUPPERWARE tau.....itu sumber pendapatan tetap cik zah...promosi sikit..hahaha

Pagi ni dah terlewat maka cik zah ambil keputusan buat sarapan yg paling simple...org sekarang kata kacang je nak buat sarapan macam ni...gambar di atas khas buat suami tercinta...sebiji telur goreng, sausage, hush brown dan kentang goreng.....dia kata wah mewah kolestrol makanan pagi ni...hahaha


~ Ini pulak untuk anak dara cik zah....sausage dan fish and chip ~

Senang sajakan nak buat sarapan ala ala barat kononnya...tapi cik zah rasa memang cukup mudah nak sediakan semua ni sbb ambil masa tak sampai 20 minit....ahli keluarga dah dapat menjamu selera..

Cuba lah.....: )





Jalan jalan Penang


KOMTAR...mercu tanda bagi Pulau Pinang selain dari feri...sekarang Komtar dah tak macam zaman cik zah muda mudi...ramai pengunjung sampai naik sesak nafas dok selisih dengan macam macam orang...sejak adanya Queensbay Mall , Gerney Mall dan macam2 mall Komtar seolah olah terpinggir. Ini lah wajah terbaru KOMTAR..

Ini wajah wajah family cik zah...suami tercinta dan anak anak tersayang...kami berada betul betul dekat Komtar Walk...not bad tempat ni...macam macam ada..


Ini hotel penginapan kami sekeluarga...Shangrila Rasa Sayang...cukup indah..menggadap laut yang cantik dengan persekitaran yang bersih dan nyaman..


Disebelah malam kami ambil kesempatan berjalan di hadapan hotel....fuhhh terlalu banyak jualan sama seperti up town...tapi dekat sini penuh dengan para pelancong yg berbagai bangsa...macam macam ada...yang pasti kita perlu bijak minta kurang...kalau tak pasti kena sembeleh...yang cik zah binggung para perniaga hampir 50% masyarakat Bangla...bukan nya mamak Penang..selebihnya orang cina Penang kot...


Yang ni Mee Kuah anak teruna cik zah yang oder...kami cuba makan dekat warung berhampiran hotel...tengok ramai pengunjung pasti sedap makanan di situ...hahahaha...TOLONG! pedas berapi macam nak terkeluar api dari mulut...


Hahahahaha.........ini pun sama..nasi goreng ayam..

Yang ni pulak boleh tahan lah nasi goreng kampung....tapi....hahahahaha...ada tapi juga tau...OILY...Ini lah buat pertama kali cik zah makan nasi goreng kampung ditumis bersama daun kari....jadi rasanya pun ada bau daun kari.....hahahaha...makan je lah sebab perut dah lapar...


Esok paginya anak anak dah malas nak mandi laut atau mandi swimming pool...depa kata jom ronda2 Penang lagi best....kebetulan cuaca masa tu memang tak menentu...kejap panas terik kejap hujan lebat selebatnya...nampaknya percutian singkat ni tak memberi mood yang happy pada anak2 cik zah...tak pa lah nanti ada rezeki kita bercuti lagi.....


Roti Sardin Mudah


Salam sejahtera...petang tadi cik zah sempat buat roti sardin ni...resipinya cukup senang dan mudah benar...kalau anak2 dara sunti yang tengah rajin ke dapur pasti dapat buat punya lah...
Untuk memudahkan cik zah letak gambar supaya dapat tengok cara nak buat roti sardin mudah ni..


 ~ Selain daripada roti kita perlukan sedikit karot dan cili padi untuk rasa pedas ~


 ~ Mula mula tumis sedikit bawang merah dan bawang putih sampai layu ~


 ~ Masukkan sardin...tak mau sosnya tau...kalau nak ambil sikit je.. ~


 ~ Masukkan karot dan cili padi...masak sampai agak kering ..letak sedikit garam dan air limau ~


 ~ Buang tepi roti dan canai roti sampai nipis ~


 ~ Letakkan inti yang dimasak tadi dan gam gunakan tepung gandum dihujung roti ~



~ Goreng menggunakan minyak yang banyak supaya warna menjadi kekuningan 
 
SIAPPPPPPPPPPP....

Selamat Mencuba......: )



Semuanya dah ok....yeehaa...

Asalamualaikum semua....setelah sekian lama tak boleh nak buka blog hari ni tiba2 je dapat....alhamdulillah...entah kenapa hari ni terasa nak tengok blog ni...eh eh...dah boleh buka dan dah ada gambar mcm biasa...


InsyaAllah selepas ni kita akan teruskan dengan resepi resepi yang simple tapi sedap...hahahaha....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...